Thursday, April 21, 2016

Walaupun Dihentam, Buku Selfie Hafiz Hamidun Dijual 10,000 Unit


Walaupun Dihentam, Buku Selfie Hafiz Hamidun Dijual 10,000 Unit


Penyanyi nasyid iaitu Hafiz Hamidun, kini telah menghasilkan sebuah buku selfie, yang menjadi kontroversi akhir akhir ini.

Pelakon Redza Minhat dilihat telah menghentam penghasilan buku tersebut,apabila mempersoalkan bagaimana seseorang mampu untuk mengeluarkan buku dengan hanya berselfie.

Walaupun kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa, namun dalam masa yang sama, ramai peminat mengandaikan ia ditujukan kepada Hafiz.

Ini komen Hafiz Hamidun:

“Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti”

“Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu. Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah,” 

Tahniah Hafiz Hamidun.

0 comments:

Post a Comment