Artis Gaduh: Fattah Amin Hampir Tumbuk Muka Pelakon Baru


Artis Gaduh: Fattah Amin Hampir Tumbuk Muka Pelakon Baru


Pelakon Fattah Amin dikatakan hampir menumbuk muka pelakon baru di set penggambaran baru-baru ini.

Puncanya dikatakan bermula dengan keceluparan mulut pelakon baru itu iaitu Aman Nassim.

Fattah enggan membesarkan lagi cerita tersebut dan menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada pelakon baharu berkenaan selain telah memaafkan Aman.

Ini komen Fattah:

"Kes itu sudah selesai dan dia pun sudah memohon maaf dengan saya, saya faham dia manusia biasa dan kadang-kadang terlepas cakap secara tidak sengaja. 

"Ia bukan kerana saya yang bersikap tidak boleh bergurau, cuma dia mecelah pada masa yang tidak sesuai," 

Aman dilaporkan bertanya soalan yang sensitif dan tidak patut menyentuh hubungannya dengan pelakon Sherry Ibrahim ketika dia sedang berbual dengan beberapa pelakon dan kru produksi.

Aman bagaimanapun tidak mahu mengulas tentang perkara itu.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment