Sunday, May 22, 2016

Cerai Bukan Petanda Hidup Musnah - Elly Mazlein


Cerai Bukan Petanda Hidup Musnah - Elly Mazlein


Elly Mazlein menjadi bualan hangat apabila bercerai pada hujung tahun yang lalu. Malah menjadi sedikit kontroversi dengan pelakon Faye yang dikaitkan dengan bekas suaminya.

Kini penyanyi dan pelakon wanita ini juga sudah lama meninggalkan kisah lama dan membuka lembaran baru kehidupan.

Ini komennya:

“Saya pasrah dengan takdir. Yang terjadi dalam hidup saya selama ini adalah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal. Malah pada saat saya dan dia (Azmi) bukan lagi pasangan suami isteri sejak Oktober tahun lalu, saya tidak pernah terlintas untuk meratapi nasib diri”

“Sebaliknya saya menganggap keadaan yang sedang dijalani ini adalah petanda buat saya untuk menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian dengan bekas suami bukan petanda kehidupan saya musnah. Sebaliknya adalah harapan buat saya untuk menjadi wanita lebih dewasa,” 

Elly kini perlu berkorban dan sentiasa berfikiran positif untuk memastikan dirinya sentiasa di landasan yang sebenar apatah lagi dengan kehadiran anaknya yang pertama.

0 comments:

Post a Comment