Fasha Sandha Dedah Punca Buat Report Polis


Fasha Sandha Dedah Punca Buat Report Polis


Pelakon Fasha Sandha menjadi tumpuan setelah membuat laporan polis ke atas Jejai, bekas suaminya.

Ramai tertanya-tanya kenapa berbuat demikian. Sebenarnya, Fasha sendiri menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya itu sudah difikirkan sebaiknya dan hanya untuk melindungi dirinya.

Ini komen Fasha:

“Sebelum membuat sesuatu perkara, saya sudah memikirkan semasak-masaknya keputusan saya, pro dan kontranya. Malah bagi mana-mana rakyat Malaysia yang rasa tak selamat atau terganggu dari apa-apa ancaman, mereka boleh membuat laporan polis dan perkara itu juga dicadangkan oleh peguam saya”

“Jadi saya tak fikir apa lagi orang nak kata dan saya sedar, sebagai seorang selebriti apa yang kita buat pasti jadi perhatian. Tapi atas sebab perlindungan untuk diri sendiri, saya perlu buat laporan itu dan saya tak peduli lagi apa orang nak kata,” 

Walaubagaimanapun, pelakon ini enggan mendedahkan isi kandungan laporan tersebut kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kata aktres ini lagi, sekiranya keadaan memaksa dia bersedia menjelaskannya.

Sumbe: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment