Wednesday, May 11, 2016

Jawapan Syamsul Yusof Tentang Amaran "Jangan Tonton Filem Munafik Di Rumah"

Jawapan Syamsul Yusof Tentang Amaran "Jangan Tonton Filem Munafik Di Rumah"


Sebelum ini telah viral 'amaran' dari seorang pengguna FB bernama Ahmad tentang larangan menonton filem Munafik di rumah.

Ini tulisnya: "Sedikit nasihat dari saya, jangan tonton cerita Munafik di rumah kerana ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar. Sedikit pun tiada cacat celanya. Apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda,"

Sehubungan itu, pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof telah tampil memberikan penjelasan tentang hal berkenaan:

Ini komennya:

"Tidak, itu bukan mantera atau bacaan betul atau sahih. Hanya rekaan semata-mata. Cuma dilaungkan dalam bahasa Arab. Sebagai Muslim kita jangan taksub/melampau dengan sesuatu," 

Sumber: Twitter

0 comments:

Post a Comment