Jejai Tegur Pelakon Aedy Ashraf Sebab Rapat Dengan Fasha Sandha


Jejai Tegur Pelakon Aedy Ashraf Sebab Rapat Dengan Fasha Sandha


Pelakon filem Tentang Bulan iaitu Aedy Ashraf ternyata terkejut dengan perkara yang berlaku antara dia dan juga Jejai.

Pelakon yang kini berumur 23 tahun itu mendakwa ditegur oleh Jejai yang merupakan bekas suami Fasha Sandha disebabkan keakraban antara dua pelakon itu.


Dikatakan Jejai memberi amaran sewaktu melihat Aedy, Fasha dan juga beberapa kenalan lain sedang berbual  sesama mereka.


Ini komennya:

Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. 

Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha. Sebenarnya, saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam bersiri Lara Aishah

Ia mungkin hanya salah faham. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu

Jelas Aedy, hubungan dia dan Fasha Sandha tidak lebih daripada seorang kawan malah, Aedy menganggap Fasha seperti kakak kandungnya sendiri.

Bagi Aedy, itu hanya salah faham sahaja dan enggan mengulas dengan lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment