Kisah Disebalik Watak "Mak Yam" Yang Dibawa Oleh Achey


Kisah Disebalik Watak "Mak Yam" Yang Dibawa Oleh Achey


Di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2016, Achey telah membawa watak Mak Yam yang diambil dari filem Polis Evo. Dalam filem Polis Evo, watak Mak Yam dibawa oleh pelakon Amerul Affendi.

Ada juga gosip mengatakan, Achey berselisih faham dengan pengarah filem Polis Evo, Ghaz Abu Bakar kerana Achey pernah menolak untuk melakonkan watak Mat Yam didalam filem.

Terdapat juga dakwaan kononnya Achey sebenarnya digugurkan daripada filem Polis Evo kerana masalah disiplin.

Kerana pelbagai spekulasi yang timbul, Achey telah tampil dan menceritakan perkara sebenar.

Ini komen Achey:

Tidak timbul soal tidak berdisiplin di set penggambaran atau sebagainya. Sebenarnya semasa penggambaran diadakan, berlaku banjir besar di Terengganu sehingga menyebabkan penggambaran terpaksa diadakan semula di ibu negara.

Cuma hasilnya kurang memuaskan dan penggambaran seterusnya terpaksa dipinda ke tarikh lain. Saya bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitment lain pada waktu itu.

Saya cuba bincang dengan Ghaz tetapi tidak dapat menemui tarikh yang sesuai. Saya juga sudah meminta maaf kepadanya. Jadi tidak timbul isu lain melainkan semata-mata  kerana pertindihan jadual.

Walaubagaimanapun, Achey tidak terkilan kerana tidak dapat menjayakan watak Mat Yam dalam Polis Evo yang meletup letup di panggung wayang. Namun wataknya di pentas MLM itu memang hebat juga.

0 comments:

Post a Comment