Komen Mira Filzah Tentang Hubungannya Dengan Zizan Razak

Komen Mira Filzah Tentang Hubungannya Dengan Zizan Razak


Mira Filzah merupakan bintang baru di dalam industri seni hiburan tanah air Malaysia. Namanya melonjak naik menerusi lakonan dalam drama Cinta Si Wedding Planner.

Kemudian, Mira Filzah berjaya memeanngi anugerah Bintang Baru Paling Popular di ABPBH kali ke 29 baru-baru ini.

Kerjaya Mira Fizlah sedang berkembang dan kini kisah cintanya mula dijaja oleh pihak media. Mira Filzah kini dikaitkan dengan pelawak Zizan Razak.

Ada sumber mengatakan Zizan telah menemani Mira Filzah membuat laporan polis setelah pelakon jelita ini terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya.

Namun Mira Filzah telah tampil memberi respon tentang hal ini. Mira Filzah telah menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

Mira menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin diantara beliau dan Zizan hanya sebagai teman rapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai teman sesama industri.

0 comments:

Post a Comment