Kumpulan Search Batal Kerjasama, Mungkin Saman Penaja


Kumpulan Search Batal Kerjasama, Mungkin Saman Penaja


Gara-gara salah faham tentang aspek kewangan menjelang konsert yang dijadual pada 30 Ogos ini, Search dikatakan mengalami kerugian sekaligus bertindak untuk batalkan kerjasama dengan pihak penganjur atau penaja.

Dikatakan Search mengarahkan peguam mereka mempertimbangkan apa saja pilihan undang-undang yang ada bagi membersihkan nama baik serta menebus 'kerugian' dialami.

Antara kerugian itu ialah hubungan yang rosak antara ahli kumpulan, serta kemudaratan daripada konflik sedang dialami.

Peguam Search, Yusmadi Yusoff berkata dia sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneliti perkara berkenaan.

Search telah menghantar notis untuk membatalkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kumpulan berkenaan dengan syarikat Afjets Sdn Bhd.

Ini komen peguam:

"Buat masa ini Search kelihatan seperti pihak paling rugi dan ia berlaku pada waktu mereka sepatutnya menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada peminat sempena 35 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.

"Saya sedang meneliti aspek perundangan yang boleh diambil terhadap penaja berkenaan,"

"Isunya ialah tindakan pihak penaja memberi kenyataan mengelirukan sehingga menjejas nama baik Search.

"Mereka juga gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penaja seperti terkandung dalam MoU,"


Vokalis Search, Amy, berkata pihaknya berasa tawar hati dengan sikap tidak profesional ditunjuk Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Amrul Nizar Anuar dalam pertikaian dengan Yazid.


Ini komen Amy Search:

"Kami sebulat suara mengambil keputusan menarik diri daripada kerjasama itu dengan perasaan kecewa.

"Kolaborasi ini dipandang lebih memudaratkan nama baik Search dan (dibuat selepas) mengambil kira implikasi buruk yang timbul,"



Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment