"Pakailah tudung, dosa tau..." - Artis Popular Ditegur Anak Sendiri


"Pakailah tudung, dosa tau..." - Artis Popular Ditegur Anak Sendiri




Pelakon Zarina Zainuddin pernah mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan membuka tudung untuk terus berlakon drama.

Zarina telah berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan dikurniakan empat cahaya mata lelaki.

Anak bongsu kepada Zarina pernah menegur ibunya itu kerana tidak memakai tudung malah tidak mahu Zarina menghantarnya ke sekolah.

Ini komennya:

“Sebelum ini saya cuba-cuba pakai tudung, ikut karakter di dalam drama. Anak ketiga dan keempat selalu marah saya begini,  kenapa ibu tak pakai tudung? Pakailah tudung, dosa tau…

“Sampaikan anak bongsu tak kasi saya hantar berhampiran sekolah sebab katanya malu saya tak pakai tudung. Saya terdiam, tak terkata.

“Saya jelaskan pada anak-anak, ibu berlakon dan belum masanya lagi ibu pakai tudung. Anak-anak cakap, tak berlakon pun ibu masih boleh buat bisnes.

“Bagi saya hidayah itu milik Allah. Saya sentiasa berdoa mana tahu suatu hari nanti hati saya benar-benar terbuka untuk berhijab.

“Yang penting Allah tahu niat saya dalam lakonan yang merupakan rezeki saya dan keluarga. Manusia-manusia lain nak cakap apa pun, saya tak kisah,” 

Sumber: Mangga


0 comments:

Post a Comment