Sunday, May 1, 2016

Pihak KRU Tampil Dedah Pendapatan Caliph Buskers


Pihak KRU Tampil Dedah Pendapatan Caliph Buskers


Kecoh sikit apabila ada dakwaan mengatakan bahawa kumpulan Caliph Buskers kononnya menerima bayaran rendah dari KRU. Namun perkara ini dinafikan oleh Caliph Buskers sendiri.

Sementara itu, untuk menjelaskan lebih terperinci, pihak KRU Music tampil membuat penjelasan sebenar tentang hubungan KRU dengan Caliph Buskers.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy memberitahu, secara umumnya Caliph Buskers memang bergerak secara sendirian dan bukan diuruskan sepenuhnya oleh KRU Music memandangkan kontrak yang terjalin antara mereka hanyalah secara eksklusif bagi rakaman muzik sahaja.


Ini komen Rizal:


“Terdapat juga pelanggan yang menghubungi KRU Music untuk mendapatkan perkhidmatan Caliph Buskers. Jika berlaku sedemikian, KRU Music akan bertanya kepada mereka terlebih dulu tentang harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang KRU Music bayar kepada Caliph Buskers adalah atas persetujuan bersama kedua-dua pihak,” 

“Harga minimum adalah sekitar RM3,000 hingga RM10,000 (mengikut jumlah lagu). Kebanyakan persembahan Caliph Buskers adalah sekitar RM6,000 bagi setiap persembahan.

“Bayaran sebanyak RM800 setiap seorang itu adalah separuh benar (half truth) apabila mereka mendapat bayaran sebanyak RM6,000 untuk membuat persembahan. Selepas tolak kos pengurusan, wang bagi Caliph Buskers dibahagi kepada lima dan setiap seorang akan menerima RM840,” 

“Pendapatan Caliph Buskers mencecah RM600,000 sepanjang tahun lalu.

“Dalam jumlah tersebut, terdapat persembahan yang mereka uruskan sendiri. Ada juga acara yang pihak KRU Music uruskan bagi pihak mereka,”

Alhamdulillah rezeki Caliph Buskers

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment