Suami Maria Farida Dilanggar Bekas Isteri


Suami Maria Farida Dilanggar Bekas Isteri


Suami baru Maria Farida iaitu Datuk Rahman Shakur telah dilanggar oleh bekas isterinya yang juga bekas rakan baik Maria Farida.

Suami Maria telahpun membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kecederaan akibat dilanggar bekas isterinya dalam satu kejadian di Taman Nirwana, Ampang.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kira-kira pukul 4 petang ini.

DAKWAAN RAHMAN:

Rahman mendakwa, Karen atau nama sebenarnya Hadijah telah melanggarnya di sebuah kondominium dipercayai milik bekas isterinya itu sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Karen telah tampil untuk menafikan kejadian itu dan turut membuat laporan polis di IPD Ampang kira-kira pukul 5.30 petang ini.

DAKWAAN KAREN:

Dakwa Karen, dia bukan melanggar lelaki itu tetapi cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka sehingga menyebabkan bekas suaminya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias mengesahkan menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak dan tiada tindakan diambil.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka akan merujuk kes tersebut ke mahkamah untuk proses penjagaan hak anak mereka,”

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment