Tangisan Syamsul Yusof Secara Live



Tangisan Syamsul Yusof Secara Live



Syamsul Yusof merupakan nama besar di dalam industri seni hiburan tanah air dengan filem arahannya sering menjadi box office.

Terbaru filem Munafik mencipta rekod kutipan tertinggi RM20 juta dalam sejarah filem tempatan di pawagam.

Namun walaupun hidup penuh mewah dan juga popular, Syamsul kini memilih masjid sebagai pengisi jalan hidupnya.

Malam minggu lalu, di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang, dengan dipenuhi lebih 600 jemaah yang bersesak-sesak, Syamsul muncul sebagai panel dialog Thank You Allah.

Ketika berkongsi kisah hidupnya, Syamsul menangis berkongsi kisah hidupnya. Apa yang menjadikan dirinya terasa semakin kerdil dan dhaif ketika nama dan kegemilangannya sedang berada memuncak.

Selain Syamsul, turut tampil dalam  program Thank You Allah  ialah Abang Long Fadil, Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Abang Long Fadil pula merupakan bekas ahli kongsi gelap dari Singapura yang menghabiskan usia kanak-kanak dan remajanya selama 15 tahun di penjara atas pelbagai jenayah keganasan.

Sesi perkongsian pecah panggung ini mengalirkan airmata pengarah box office itu, ketika meluah rasa hati mengenangkan hidayah Allah yang membimbingnya ketika di mercu kejayaan.

Manakala Abang Long Fadil, menitiskan airmata mengenangkan kasih ibunya yang tega berdoa tanpa jemu sekali pun dirinya hidup sebagai munafik.

Semua kisah airmata ini dapat anda saksikan dalam #PenghijrahanFenomena yang akan disiarkan pada Khamis 10 malam di TV AlHijrah.

Sumber: MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment