Berat Uqasha Senrose Kini 42kg, Kerana Tekanan


Berat Uqasha Senrose Kini 42kg, Kerana Tekanan


Uqasha Senrose sering terlibat dengan kontroversi dan kini dikatakan mungkin tertekan sehingga badannya dilihat kurus kering.

Pernah sekali mendedahkan lebih ramai yang membenci pelakon ini daripada meminatinya, Uqasha seakan pasrah dengan serangan tanpa henti pihak luar kerana dia sendiri sedar itu semua adalah di atas kejahilannya sendiri.

Memang jelas kelihatan berat badannya semakin susut sehingga seperti orang sakit gayanya. Malah, dia sendiri mengakui kurang gemar dengan susuk tubuhnya ketika ini.

Ini komennya:

Kenapa makin kurus

“Saya makan seperti biasa, tiada istilah diet pun. Tapi itulah, berat tak naik-naik juga, sebaliknya semakin kurus pula. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi, mungkin kerana kerja yang tidak berhenti kot?

“Sejujurnya saya terlalu kurus sekarang. Turun hampir 10 kilogram daripada 52 kilogram sebelum ini. Tapi kalau dalam gambar atau kaca televisyen, nampak seperti biasa sahaja, kan?” 

Tekanan dan Teater Antara punca tekanan

“Bukan tidak mahu berlakon teater lagi, cuma mungkin bukan untuk watak-watak yang besar seperti Izzah atau Suri. Biarlah saya melakonkan watak yang kecil-kecil sahaja, kurang sedikit tekanan,

“Siapa sahaja tidak risau untuk dikritik. Walaupun mulut kata tidak kisah dengan kata-kata negatif pihak luar, namun jauh di sudut hati saya, pasti akan terasa dengan lemparan ayat nista yang sakitnya Tuhan sahaja tahu,”

Hubungan Hafidz Roshdi dan Pelakon Lelaki

“Saya tidak faham sebenarnya sebab tiada masalah pun antara kami. Kalau ada tawaran berlakon sama, saya terima sahaja. Kenapa sebab dia, saya perlu tolak semua tawaran berlakon?

“Berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki pun tidak memberi masalah dengan saya. Malah, untuk drama terbaharu, Remy sering memberi tunjuk ajar dan tidak pernah pula dia mengeluh berlakon dengan saya,” 

Bisnes tudung gulung tikar

“Rupanya, saya telah ditipu. Modal saya bukan kecil jadi bila ditipu, saya rasa sangat sedih. Nak buat laporan polis pun, dia sahabat saya. Jadi saya teruskan langkah dan membatalkan kerjasama,” 

“Mungkin saya terlalu sibuk dengan kerjaya seni sampai tidak punya masa untuk terlibat secara langsung dengan perniagaan tudung sebelum itu. Mungkin sebab itu, saya lebih mudah ditipu.

“Lagipun, saya mana reti bab-bab meniaga ini. Berlakon bolehlah. Lepas ini, saya kena belajar bagaimana menguruskan perniagaan. Nanti tidaklah ditipu lagi,” 

Sumber: Utusan


0 comments:

Post a Comment