Erra Fazira Tak Boleh Tolak Cinta Shahir

Erra Fazira Tak Boleh Tolak Cinta Shahir




Erra Fazira kini berumur 42 tahun sedang bercinta dengan penyanyiShahir yang berumur 28 tahun, 14 tahun perbezaan umur mereka berdua.

Bagi Erra perbezaan 14 tahun bukan penghalang untuknya menerima juara Akademi Fantasia musim kelapan sebagai calon jodohnya.

Erra juga berharap orang ramai melihat perbezaan umur itu daripada sudut positif.

Ini komennya:

“Saya pernah berniat untuk mencari orang yang lebih tua dan macam-macam lagi, tetapi bila hati terima ciri-ciri (lelaki muda) begini, sukar untuk saya menidakkannya.

“Kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir sahaja, sebab Allah sahaja yang mempunyai kuasa terhadap hati saya,”

“Memang saya lega, bila akhirnya Shahir membuka mulut, dalam masa yang sama mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri.

“Ternyata tidak banyak yang boleh saya kongsi, tetapi ketika ini fasa hubungan kami masih lagi mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain,”


Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment