Farid Kamil Menakutkan - Diana Danielle


Farid Kamil Menakutkan - Diana Danielle


Farid Kamil merupakan pelakon dan pengarah popular yang juga suami kepada pelakon jelita iaitu Diana Danielle.

Baru- baru ini, ketika berlakon bersama suaminya, Diana Danielle akui merasa amat kekok dan segan beserta perasaan takut.

Ini komennya:

“Sangat ‘menakutkan’ berkerja dengan dia (sambil tertawa). Kita semua tahu dia pelakon yang bagus dan sebenarnya saya mula meminati dia sejak lakonannya dalam filem Anak Halal lagi. Bukan hanya dia malah masa tu saya minat Bront Palarae dan Maya Karin. Saya sangat mengagumi lakonan mereka”

“Dan untuk drama ini, kali pertama kami digandingkan bersama. Selama ini memang saya tak pernah lagi bersama dia dalam mood bekerja. 

Jadi memang ketika pengambaran saya rasa kekok, takut, segan, malu dan rasa macam saya tak pandai berlakon apabila berada di depan dia. Saya nak cuba kongsi idea saya untuk lakonan drama ni pun, saya rasa takut.

“Setiap apa dialog yang dia cakap, tak semena-mena saya rasa sentap (terasa) padahal saya faham itu skrip bahkan saya selalu ingatkan diri saya yang kami sedang bekerja. Tapi saya pula yang terlebih sensitif (gelak),” 

Sebenarnya memang susah juga berlakon bersama suami atau isteri. Sebelum ini, Aeril Zafrel juga dikatakan mengurangkan berlakon bersama isterinya Wawa Zainal.

0 comments:

Post a Comment