Friday, June 17, 2016

Faye Kusairi Bikin Status Panas


Faye Kusairi Bikin Status Panas


Pelakon Faye Kusairi telah mencuri perhatian apabila memuatnaik status yang agak panas di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Ini tulisnya:

Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan lahan. Sudah sudahlah ya.

Ini pula komen Faye Kusairi apabila ditanya tentang status yang dinaikkan itu:

Status itu sebenarnya saya teringat akan perasaan saya apabila tercetusnya kontroversi lalu. Saya ingat lagi, isu itu betul-betul buat saya terkejut.

Saya ni dulu seorang blogger, suka menulis. Jadi dah biasa kadang-kadang tu tiba-tiba rasa nak menulis berkongsi mengenai perasaan saya. Bukan niat saya tujukan pada mana-mana pihak. Ia sebenarnya sekadar peringatan pada diri saya sendiri.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak suka jika orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai diri kita. Kalau saya dah cakap saya tak buat, jangan lah cakap saya buat. Sesiapa pun kalau berada di tempat saya tentu marah.

Itulah jawapan dari Faye Kusairi yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi rumahtangga Elly Mazlein.

0 comments:

Post a Comment