Wednesday, June 15, 2016

Raja Farah Sensitif Terhadap Suami


Raja Farah Sensitif Terhadap Suami


Selebriti Raja Farah kini  sedang hamil 7 bulan, dia memberitahu sejak hamil anak pertama sikapnya lebih sensitif serta manja terhadap suaminya, Iskandar Ismail.

Raja Farah akui sentiasa mahukan perhatian daripada suaminya

Sensitif Sampai Suami Tak Kerja

"Saya tidak menafikan sejak mengandung saya banyak bergantung harap kepada suami sehingga ada ketikanya dia tidak pergi bekerja kerana menemani saya.

"Sikap saya jadi sensitif dan manja tetapi memandangkan kami diberi rezeki awal untuk mendapatkan anak selepas dua bulan berkahwin jadi saya anggap perubahan ini sebagai pengikat kasih di antara kami,"

Tiada Alahan, Mengidam

"Saya pun pelik juga tidak mengidam seperti mana wanita hamil lain dan teringin juga rasanya hendak rasa perasaan mengidam itu.

"Paling penting saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak sabar rasanya untuk menunggu kelahirannya,"

Ambil Tips Dari Ibu Dan Adik Beradik

"Saya cuba dapat info sebanyak mungkin tetapi orang kata selagi tidak lalui sendiri kita tidak akan tahu bagaimana untuk menguruskan situasi tersebut.

"Tetapi Alhamdulillah setakat ini banyak info berguna yang saya dapat,"

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment