Wednesday, June 22, 2016

Shahir Buka Cerita Bagaimana Mula Bercinta Dengan Erra Fazira



Shahir Buka Cerita Bagaimana Mula Bercinta Dengan Erra Fazira


Penyanyi Shahir akhirnya membuka cerita kisah perkenalannya dengan Erra Fazira yang usianya berbeza 14 tahun.

Buat Shahir jarak usia 14 tahun antara mereka berdua bukan penghalang untuk pasangan selebriti ini saling berkenalan. 

Shahir yang mula mencipta nama menerusi Akademi Fantasia, menyifatkan Erra Fazira seorang yang mempunyai ciri wanita sempurna dan matang.

Ditanya adakah mereka berdua bakal bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat, Shahir menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan takdir.

Ini komen Shahir:

Mula Berkawan, Akhirnya Jatuh Cinta


Memang benar, kami mula berkawan sejak dua tahun lalu tetapi tidak mempunyai sebarang perancangan serius seperti berumah tangga dalam tempoh terdekat ini. Pada awalnya kami saling berhubung disebabkan atas dasar kerja. Saya mula menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya dan bermula dari detik itu, kami saling berbalas mesej.

Beza Umur 14 Tahun

Ia hanya satu angka dan tidak memberi sebarang kesan atau menggambarkan kematangan dan personaliti individu tersebut. Dalam rukun perkahwinan turut tidak meletakkan sebarang syarat atau garis panduan mengatakan pasangan perlu berkahwin dengan pasangan seusia. Selain itu, pasangan yang berkahwin seusia belum tentu menjamin kebahagiaan.

Dia merupakan seorang wanita yang matang, penuh dengan sikap keibuan dan berdikari. Selain itu, Erra juga mempunyai ciri sempurna sebagai seorang wanita.

Bertunang?

Semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi kerana ini semua urusan Tuhan dan biarlah takdir menentukan. Umum hanya perlu tunggu dan lihat serta doakan yang baik-baik buat kami.

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment