Adi Putra Kahwin Dua, Gambar Nikah Tersebar

Adi Putra Kahwin Dua


Pelakon popular Adi Putra dikatakan telah bernikah seorang lagi baru-baru ini.

Gambar nikah dan wajah isteri kedua pelakon Adi Putra telah disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp selepas berita pernikahan pelakon tersebut dilaporkan akhbar pada Sabtu.

Portal Astro Gempak Dan Harian metro ada melaporkan berita  Adi berkahwin dengan seorang janda berumur 33 tahun.

Sekeping gambar Adi Putra sedang mengucup dahi seorang wanita telah tersebar secara meluas di aplikasi whatsapp.

Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Wanita tersebut juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.

Walaubagaimanapun, isteri pertama Adi Putra,  Aida Yusof dikhabarkan tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu.

Aida tidak mahu mengulas lanjut tentang hal ini dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka.

Adi Putra pula tidak dapat dihubungi media.

0 comments:

Post a Comment