Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee... - David Teo

Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee... - David Teo


David Teo kini menjadi tumpuan apabila membuat satu kenyataan yang dikritik orang ramai apabila membuat perbandingan dengan P Ramlee.

Syarikat miliknya iaitu MIG mahu melahirkan pelakon yang popular dan yang penting jadi jutawan serta kaya raya.

Apa yang menjadi kontroversi ialah apabila David Teo berkata pelakon kena kaya jangan jadi seperti P Ramlee.


Ini komennya:

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang.

“Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat.

“Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit,”


Namun MIG juga tidak menghalang mana-mana artis di bawah naungannya untuk meninggalkan syarikat itu setelah menimba ilmu dan mahu berdikari.

“Tak ada perkataan tinggalkan MiG cuma bila sudah dewasa, mereka kena berdikari. Lisa Surihani dan Shaheizy Sam lima tahun bersama MiG.

“Farid Kamil dan Yana Samsudin 11 tahun. Intan Ladyana masih sambung kontrak sejak filem ‘Jangan Pandang Belakang’.

“Siapa yang mahu berdikari, saya persilakan tetapi pelakon baharu yang tak ada disiplin akan dipercepatkan setahun saja kontrak untuk keluar sebab kita nak cipta bintang bukan glamor yang tak ada prestasi,”


Sumber: MMO

0 comments:

Post a Comment