Pengurus Dedah Perangai Pelik Emma Maembong

Pengurus Dedah Perangai Pelik Emma Maembong


Emma Maembong kini merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air. Namun ramai yang tak tahu perangai sebenar Emma ni.

Nana Rossham merupakan rakan paling rapat dan juga bertindak sebagai merangkap pengurus kepada pelakon ini telah mendedahkan peranagi Emma yang ramai tak tahu.

Berikut merupakan 5 tabiat dan perkara pelik tentang Emma Maembong:

1. Tak Pandai Makan Menggunakan Tangan
Emma daripada kecil tidak biasa  makan gunatangan. Dia hanya makan bila ada sudu dengan garfu sahaja. Bila dia cuba atau diminta makan menggunakan tangan dia pasti kekok dan paling kelakar posisi sikunya pasti akan naik ke atas secara automatiknya.

2. Tak Pakai Gincu Ketika Shooting
Ketika shooting dia lebih selesa menyolek sendiri wajahnya. Emma juga menggemari solekan yang ringkas. Paling penting tak mahu gincu. Emma tak suka gunakan gincu di bibir. Semuanya kerana dia sudah terbiasa menguruskan diri sendiri sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan sehingga sekarang.

3. Terjun Tengah Laut Tanpa Pelampung
Emma seorang yang hebat berenang dan merupakan seorang penyelam yang baik kerana dia sendiri mempunyai lesen menyelam. Dia seorang yang berani dan mampu terjun di tengah-tengah laut tanpa menggunakan pelampung serta jaket keselamatan.

4. Mudah Tertidur Di Dalam Kereta
Emma memang mudah tidur. Ketika dalam kereta, dia paling mudah tidur. Pernah naik kereta hanya untuk ke kedai di depan rumah sahaja tapi dia boleh bantai tidur walaupun hanya 5 minit perjalanan.

5. Suka Patung Yang Pelik dan Hodoh
Berbeza dengan perempuan yang lain, Emma menyukai patung yang rupanya hodoh dan pelik untuk dibeli dalam koleksinya. Baginya ianya sesuatu yang rare dan dia mahu jadi lain daripada yang lain.


Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment