Thursday, July 28, 2016

Respon Adi Putra Apabila Isteri kedua Ditahan

Respon Adi Putra Apabila Isteri kedua Ditahan


Pelakon Adi Putra terpalit satu lagi kontroversi apabila isteri kedua yang baru dinikahinya dikatakan telah ditahan pihak Polis untuk siasatan kes penyeludupan.

Isterinya merupakan pegawai di Imigresen dan didakwa telah ditahan bersama beebrapa orang lagi untuk kes penyeludupan warga asing.

Ramai yang ingin tahu apa respon Adi tentang hal ini.

Ini komen pelakon ini:

"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,"

Adi nampaknya masih belum bersedia menjawab dengan lebih lanjut.

Namun pihak polis telah mengesahkan penahanan isteri kedua Adi Putra ini. BERNAMA melaporkan, isteri seorang pelakon terkenal adalah antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya kerana dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan manusia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua mereka, termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," 

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment