Sidang Media Adi Putra Kecoh Dengan Kemunculan Nur Farah

Sidang Media Adi Putra Kecoh Dengan Kemunculan Nur Farah


Sidang media pelakon Adi Putra semalam agak kecoh apabila muncul bekas adik ipar Shahida, isteri kedua Adi Putra untuk bertanya soalan panas berkenaan abangnya.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah bangun bertanyakan mengapa Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di IG baru-baru ini.

Nur Farah turut menjelaskan abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mendakwa bekas isterinya itu meninggalkan dia kerana Adi.


Ini komen Farah:

"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mencari simpati atau publisiti seperti mana yang tersebar sebelum ini.

"Saya cuma ingin bertanya apakah motif Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya,"


Ini pula respon balas Adi Putra:

"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.

"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.

"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan pihak saya sahaja,"


Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Pelakon ini meminta pihak media tidak terus temubual Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah.


Adi Putra kemudian meminta Farah meninggalkan majlis.

0 comments:

Post a Comment