Thursday, August 11, 2016

Bapa Emma Maembong Ditetak Perompak

Bapa Emma Maembong Ditetak Perompak  


Bapa kepada pelakon Emma Maembong sedang dirawat di hospital akibat kecederaan pada kepala dan tangan kerana ditetak oleh perompak.

Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai menyamun Ismael Maembong di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam.

Ketika kejadian, bapa Emma sedang berkarya sebelum dua orang suspek terbabit yang dipercayai menaiki sebuah motosikal masuk ke kawasan bangunan GAPENA.

Berdasarkan kenyataan pihak polis, kedua-dua suspek terbabit berkulit gelap masuk ke dalam kawasan berkenaan sekitar jam 5.15 petang.

Ini komen pihak Polis:

"Setakat ini pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh daripada mangsa sendiri yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kecederaan yang dialaminya. 

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan,"

"Kita meminta mereka yang melihat kelibat suspek mencurigakan sekitar kawasan berkenaan termasuk kawasan sekitar bangunan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk menyalurkan maklumat,"

Ismail dilaporkan kehilangan beberapa barang termasuk komputer riba, dompet dan telefon bimbit.


Beliau, berkata pihak polis turut mengalu-alukan saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.

0 comments:

Post a Comment