Saturday, August 20, 2016

Biadab & Tak Profesional - Pengulas Sukan Dihentam Perlekeh Penerjun Negara


Biadab & Tak Profesional - Pengulas Sukan Dihentam Perlekeh Penerjun Negara



Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil kini sudah hampir melabuhkan tirainya. Malaysia mengakhiri pencapai terbaik di sukan Olimpik apabila meraih 4 perak dan 1 gangsa.

Rata-rata melahirkan rasa gembira apabila beberapa atlet negara berjaya meraih pingat di sukan bertaraf dunia itu.

Antara yang menyerlah ialah penerjun negara Pandelela Rinong dan Jun Hoong yang menampilkan aksi hebat sekaligus mendapat pingat perak.

Tak lupa juga kepada pemain-pemain badminton negara termasuk Dato Lee Chong Wei yang telahpun meraih 3 pingat perak dan juga "The Pocket Rocket Man" Azizulhasni Awang yang berjaya dalam acara lumba basikal mendapat pingat gangsa.

Namun ada juga pihak yang selamba mengkritik persembahan atlet negara yang kurang memberangsangkan sekaligus membuatkan netizen berang.

Baru-baru ini telah viral video mengenai seorang pengulas sukan yang dikritik netizen kerana mengulas seperti ‘di kedai kopi’ dalam acara papan terjun anjal yang diwakili atlet renang negara, Ahmad Amsyar Azman.

Menerusi video yang dimuat naik di FB Mohd Iqbal Abu Samah, pengulas sukan tersebut kedengaran mengulas dalam nada yang tidak sepatutnya dilakukan. Seolah-olah beliau dikatakan seperti ‘menyindir’ penerjun negara tersebut. Ayat “saya malas nak sebut” yang merujuk kepada kegagalan Amsyar meraih mata yang baik menerusi terjunannya.

Ahmad Amsyar gagal di peringkat pertama dalam acara 3m papan anjal.

Beberapa netizen mengecam tindakan pengulas itu kerana penerjun tersebut telah membuat yang sehabis baik untuk Olimpik pada kali ini. Dan terjunan tersebut sememangnya di dalam darjah kesukaran yang amat tinggi, bermaksud memang susah untuk dilakukan.

Ini video dan juga komen orang ramai:


 

0 comments:

Post a Comment