Thursday, August 11, 2016

Ibu Pelik Lihat Anak Dan Ayah Berkepit Di Mekah, Akhirnya Terbongkar Segalanya

Ibu Pelik Lihat Anak Dan Ayah Berkepit Di Mekah, Akhirnya Terbongkar Segalanya


Ini merupakan satu kisah yang menjadi viral baru-baru ini. Kisah ini tentang kehidupan seorang wanita yang terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Diharapkan kejadian ini dapat diambil pengajaran oleh para pembaca.

Jom baca:

Jangan sampai terlalu leka dengan perkara lain, tugas yang sepatutnya menjadi keutamaan kita lupakan. Itu yang berlaku kepada Zaimah Abdullah, yang sibuk memanjang dengan kerja dalam parti dan persatuan wanitanya hingga tugas sebagai isteri terabai.

Tambahan pula, kehadiran anak perempuan berstatus ibu tunggal yang tinggal bersama beliau dan suami membolehkan Zaimah mengambil sikap 'lepas tangan'.

Oleh itu, semua urusan makan, minum, pakaian dan keperluan rumah tangga digalas sepenuhnya oleh anak perempuannya itu.
 

Zaimah bersama suami dan anak perempuannya telah menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini membuka mata wanita yang dulu kebanyakan masanya dihabiskan dengan berpersatuan mengenai hakikat hidup sebenar.

Barulah disedarinya, status dan tanggungjawab isteri tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya kerana kebahagiaan suami isteri lebih bermakna apabila kedua-duanya menunaikan tanggungjawab masing-masing seperti disyariatkan agama demi mendapat keredaan Allah SWT.

Sebaik kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, hati Zaimah tiba-tiba diselubungi perasaan cemburu melihat kemesraan suami dan anak perempuannya.

Keakraban kedua-duanya tiba-tiba menimbulkan perasaan kurang senang di hatinya sedangkan sebelum ini memang anak perempuannya itulah yang menguruskan keperluan bapanya termasuk apabila tiba di Tanah Suci.

Hairannya, sepanjang berada di Makkah dan berziarah ke Madinah, hati Zaimah terus dicucuk perasaan cemburu melihat anak dan bapa itu ibarat belangkas, ke mana saja berdua. Walaupun Zaimah sentiasa bersama mereka tetapi jauh di sudut hatinya rasa seperti tersisih.

Beliau cuba memujuk diri dengan mengakui hubungan bapa dan anak itu sememangnya rapat kerana duduk serumah. Kemudian, timbul kesedaran dalam dirinya mungkin itu balasan Allah SWT kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri selama ini.

Ibarat tayangan video, episod demi episod kesibukan berkempen untuk parti dan penganjuran aktiviti persatuan menjadikan beliau wanita paling sibuk di kampung terbayang di ruang matanya. Hati Zaimah terus sayu, sedih dan menyesal.

Tidak dinafikan suaminya selama ini tidak pernah merungut atau menghalang minat beliau bergiat aktif dalam pergerakan wanita tetapi jauh di lubuk hati lelaki yang sudah berpuluh tahun berkongsi hidup dengannya, Zaimah sendiri sukar menekanya.

Mengambil kesempatan berada di Tanah Suci, Zaimah tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan daripada perkara yang boleh mengeruhkan hubungan dengan suami dan anaknya. Beliau juga berdoa supaya hubungannya dengan suami kembali rapat.

Selepas bermuhasabah diri, Zaimah berasakan Allah SWT masih menyayanginya kerana diberi peluang untuk menyedari kesilapan dilakukan seterusnya berazam berubah menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab terhadap suami serta keluarga.

JEMAAH haji menunaikan solat Jumaat di Masjid Namirah di Padang Arafah. - Foto Reuters

Perlahan-lahan, Zaimah cuba memberi layanan sebaiknya kepada suaminya. Walaupun terlihat riak terkejut pada wajah suami dan anaknya melihat perubahan itu, Zaimah kuatkan semangat untuk terus memperbaiki hubungan mereka.

Memikirkan umur yang semakin meniti senja, beliau juga sedar sudah tiba masanya meninggalkan kerja parti dan tugas persatuan untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat bersama suami serta anaknya. Itu azam Zaimah apabila tiba di tanah air nanti.

Kepada isteri, renunglah sejenak kedudukan diri supaya tidak melakukan kesilapan seperti Zaimah kerana mungkin ini pencetus kepada kita untuk memperbaiki diri serta mengelak daripada masalah yang boleh menggugat keharmonian rumah tangga

SUKA ambil mudah menyebabkan kita sering terlepas pandang atau bersikap sambil lewa sedangkan tanggungjawab adalah kewajipan perlu dilaksanakan.

Jika tidak, masakan berlaku kes isteri dan anak teraniaya disebabkan suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sebenarnya, banyak faktor menyebabkan kita gagal menseimbangkan perhatian terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, itu sebenarnya bukan alasan jika kita tahu keutamaan sepatutnya didahulukan.

Lagipun, sebagai umat Islam kita akan dipersoalkan atas setiap tindakan kita. Justeru, sebaiknya setiap tanggungjawab dan amanah  dilaksanakan sebaiknya untuk kepentingan diri serta semua pihak di sekeliling kita.


Sumber: FB

0 comments:

Post a Comment