Monday, August 8, 2016

Inilah Pekerjaan Jep Sepahtu Dengan Air Asia Sebelum Popular

Inilah Pekerjaan Jep Sepahtu Dengan Air Asia Sebelum Popular


Jep Sepahtu merupakan nama besar dalam industri hiburan dan merupakan antara pelawak paling popular di Malaysia.

Kejayaan Jep bermula apabila menjadi juara dalam pertandingan realiti Raja Lawak bersama kumpulan Sepah.

Jep sebenarnya mahu menjadi pemain bola sepak setelah tamat persekolahan namun gagal dan merasa amat kecewa.

Dia kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin sejak berumur 18 tahun di NSTP.

Kemudian Jep berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah Air Asia selama tiga tahun sebagai tukang angkat bagasi dan juga beg.

Setelah mencuba nasib dalam Raja Lawak, kini nama Jep cukup gah sebagai selebriti popular. Tahniah buat Jep!!

0 comments:

Post a Comment