Saturday, August 27, 2016

Pengakuan Pengantin Lelaki 18 Tahun Mengapa Nikahi Wanita 42 Tahun

Pengakuan Pengantin Lelaki 18 Tahun Mengapa Nikahi Wanita 42 Tahun


Satu  pengakuan dan pendedahan dari remaja 18 tahun Mohd. So­fi Mat Ali yang memilih Dayang Sopiah 42 tahun seba­gai isteri ternyata membuktikan cinta itu suci dan buta.

Mohd. Sofi memberitahu, kasih sayang dan sikap ber­tang­gungjawab serta me­n­­gam­bil berat Dayang So­­piah ber­jaya me­mikat hatinya.

Ini komennya:

“Saya jatuh cinta dengan kasih sa­yangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”

“Sejak berkenalan dia ba­n­yak menemani saya sebagai ra­kan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital me­lawat dan menceriakan hari saya.

“Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,”

Jelas Mohd. Sofi memang ada ahli keluarga yang menentang pada mulanya namun selepas bertegas dan menetap­kan keputusan, ah­li ke­luar­­ga­nya ­akur dan mem­berikan sokongan.

Isterinya, Dayang So­­piah  mempunyai li­ma­­ anak berusia antara 7 hing­­ga 16 tahun hasil hubungan perkahwinan dengan suami terdahulu.

Dayang memberitahu perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar sekitar bulan Mei yang lalu.

Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pem­binaan di Labuan.

Ini komenya si isteri:

“Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah ber­kawan dengan sesiapa sa­haja tanpa mengira usia sehingga ra­kan-rakan lain amat me­nyenan­gi sikapnya,”

Selamat pengantin baru diucapkan.

0 comments:

Post a Comment