Saturday, August 6, 2016

Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? - Pendedahan Along Cham

Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? - Pendedahan Along Cham


Rumahtangga pelakon dan pelawak Along Cham, 33 tahun, bersama isterinya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia, Zila Saeron, 28 tahun, kini sedang dilanda badai.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial, 6 tahun, yang kini tinggal bersama ayahnya tanpa ibu tercinta.

Sering diasak soalan oleh wartawan Along tidak langsung membicarakan kisah rumahtangga sehinggalah Zila membuka cerita kepada wartawan.

Along mengatkan dia tidak pernah menghalau isteri dan anak keluar dari rumah tetapi Zila membawa anaknya keluar tanpa izinnya.


Ini kisah dari Along:


BIRAS DATANG AMBIL

“Memang saya tidak pernahpun mengusir dia (Zila) bersama anak kami keluar dari rumah. Mereka (Zila dan anak) yang tinggalkan rumah tanpa pengetahuan saya. Biras yang datang mengambil mereka di rumah tanpa izin saya.

“Selama dia dan anak kami keluar rumah tinggalkan saya dan pulang ke rumah ibu mentua di Felda Lui, Negeri Sembilan, mereka langsung tidak menghubungi saya,”

NAK BERCUTI, TAPI ZILA EGO

“Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Dapatlah kami memperbaiki silap antara satu sama lain.

“Apapun, lain pula jadinya ketika saya ke rumah mentua. Zila sangat ego di hadapan ibunya hingga sanggup menjatuhkan maruah saya. Apa dia lakukan terlalu peribadi untuk saya kongsikan.

RAYU PULANG

“Pun begitu, saya tetap merayu kepada dia supaya kami bersama dan masing-masing berubah,”

PUNCA FAILKAN SAMAN NUSYUZ

“Salah satunya, Zila keluar dari Felda Lui untuk berhibur bersama kakak kandungnya hampir setiap malam di sekitar Seremban tanpa izin saya.

“Zila juga tidak memberitahu saya di mana tempat tinggal dia. Selain itu, dalam telefon hampir setiap hari Zila mendesak saya menceraikannya.

“Senang cakap, bermacam-macam cara yang dia (Zila) buat untuk dilepaskan tetapi saya kuatkan hati bertahan untuk cuba selamatkan rumah tangga kami,”

ZILA LUKAKAN HATI ANAK

“Pernah sekali ketika itu Ahmad Danial menghubungi Zila dan bertanya bila mama mahu Danial datang ambil mama? Zila boleh menjawab, ‘tak tahu lagi, mama tak balik dah kot.’ Ketika itu, Danial terus mencampakkan telefon atas katil.

Saya pun tegur dia : “Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan,”

KESAL DESAK MAHU CERAI

“Cuma saya agak kesal mengapa selepas berbulan-bulan baru Zila menyatakan perasaan rindunya kepada anak. Ke mana perginya naluri sebagai seorang ibu ketika dia asyik mendesak untuk diceraikan ketika telefon?

“Apapun, sepatutnya Zila kena bersyukur. Ibu dan bapa saya sanggup bersama-sama menjaga anak kami dengan penuh kasih sayang dan tiada juga istilah melarang dia datang berjumpa anak.

TAK DATANG JENGUK ANAK

“Lagi pun, sebagai ibu pastinya dia tahu di mana anaknya berada. Sepanjang Syawal, Zila tidak datang menjenguk anak pun. Alasan diberikan Zila disebabkan masalah kewangan,”

0 comments:

Post a Comment