Monday, August 8, 2016

Rozita Che Wan Dedah Pendapatan Sehari Berniaga Di Bazaar

Rozita Che Wan Dedah Pendapatan Sehari Berniaga Di Bazaar


Sekarang memanh semakin banyak festival atau bazaar yang dianjurkan di Malaysia. Pelbagai jenis festival ada dan antara yang popular ialah seperti Mood Republik, Mega Festival dan banyak lagi.

Para artis yang menceburi bidang perniagaan juga tidak melepaskan peluang berniaga di bazaar atau festival ini.


Jika anda ingin menjadi agen produk Rozita Che Wan, boleh hubungi page ini (KLIK SINI)

Dalam pada itu, Che ta mengakui dia mampu meraih keuntungan bersih kira-kira RM80,000 sehari jika berniaga di festival atau bazar-bazar yang dianjurkan seperti itu.

Keuntungan lumayan itu juga, membuatkan dia tidak terfikir untuk membuka kedai sendiri bagi menempatkan produk-produk miliknya.


Ini komen Che Ta:

UNTUNG BANYAK

"Saya masih berniaga melalui stokis-stokis yang dilantik dan melalui bazar-bazar yang kami sertai kerana keuntungannya lebih memberangsangkan.

"Kalau di bazar biasanya sehari sahaja saya boleh dapat keuntungan bersih RM80,000. Malah selaluinya produk-produk yang kami jual tidak ada yang dibawa pulang.

"Setiap kali bazar atau festival ini saya akan letak target berapa yang akan terjual dan saya akan bekerja keras untuk habiskan stok atau capai target itu,"

BELUM PERNAH RUGI

"Saya tidak pernah rugi lagi setakat ini dan prinsip saya suka ambil risiko, walaupun dalam perniagaan kita kena uji market dahulu sebelum jual.

"Saya suka redah sahaja dan usaha kuat sikit agar produk itu habis seperti yang dirancang,"

Sementara itu Che Ta akan menyertai Gegar Fest bakal diadakan pada 26 dan 27 Ogos depan di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Ia turut melibatkan selebriti lain sepeti Datuk Aznil Nawawi, Dafi, Jihan Muse, Sabhi Sadhi, dan Ryzal Jaafar.

0 comments:

Post a Comment