Thursday, August 25, 2016

Skandal Di Maahad Tahfiz Miliknya, Ini Respon Ustaz Kazim Elias

Skandal Di Maahad Tahfiz Miliknya, Ini Respon Ustaz Kazim Elias 

Satu kes yang menajdi skandal telah berlaku di sebuah maahad tahfiz. Dikatakan satu kes cabul luar tabii yang berlaku sehingga satu laporan polis telah dibuat.

Maahad tahfiz yang terlibat dikatakan dimiliki oleh penceramah popular iaitu Dato Ustaz Kazim Elias. Sekolah tersebut ialah Maahad Tahfiz Darul Barakah.

Datuk Kazim Elias kini telah tampil untuk memberi respon tentang hal ini. Dia telah menafikan kejadi sedemikian berlaku di kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa.

Kata UKE, maahad itu dilengkapi dengan CCTV di setiap kawasan dan sentiasa dalam pantau pihak sekolah.

Ini komennya:

"Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. 

Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. 

Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). 

Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati,"

Kini Ustaz Kazim Elias hanya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci tentang perkara berkenaan.

UKE  turut mengingatkan orang ramai agar tidak memviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment