Tuesday, August 2, 2016

Sufi AF Tampil Jelaskan Mengapa Ibunya Berang

Sufi AF Tampil Jelaskan Mengapa Ibunya Berang 


Sufi AF kini tampil menjelaskan kenapa ibunya begitu marah dengannya sehingga memuatnaik dan meluahkan perasaan di laman sosial FB.

Baca luahan ibunya DI SINI

Kata Sufi, ibunya memang memarahinya dan selalu meluahkan perasaan ketika sedang marah namun apabila sudah reda, dia akan tersedar dan memadan status kemarahannya di FB.


Itulah sikap ibunya dan ramai teman rapat mengetahuinya. Sufi ada juga menasihati ibunya agar tidak meluahkan perasaan di laman sosial lagi.


Tambah penyanyi itu lagi, ibunya juga sedang belajar mengenali kerjaya anaknya yang kini semakin sibuk. Jelas Sufi, sebelum ini hubungan mereka berdua memang rapat, namun sejak kebelakangan ini jadualnya sangat sibuk.

Ini komen Sufi:

“Setiap keluarga ada masalah tersendiri dan setiap ibu juga ada karakter masing-masing. Benar ibu saya suka marah-marah dan pastinya mereka yang tidak mengenali ibu saya, apabila membaca status yang dimuat naiknya itu akan mengundang salah faham.

“Tambahan pula saya sebagai artis orang kenal dan mulalah kaitkan saya dengan ayahlah, ibulah. Saya akui saya dan ibu memang ada perselisihan faham sebelum ini namun kami sudah selesaikannya..

“Ibu seorang yang suka berkongsi dan meluah kata-kata di laman Facebook, baginya laman sosial itu sangat penting. Jadi, saya telah berpesan kepadanya agar tidak meluah perasaan menerusi laman sosial lagi. Iyalah, apabila marah memang setiap perbuatan kita tidak sedar dan bila sudah reda baru akan sedar atas apa yang sudah terjadi.  Alhamdulilah ibu telah sedar dan telah memadam status tersebut,”

“Sebenarnya ibu saya sedang dalam proses belajar memahami kerjaya saya. Mana tidaknya, dulu selalu bersama ada masa dan bila sudah sibuk malah jarang balik ke rumah, jadi mungkin sebab itu ibu agak terasa. Saya sayang ibu dan begitu juga dengan ibu yang sayang saya,”


Sumber: MediaHiburan

0 comments:

Post a Comment