Wednesday, August 17, 2016

Ucapan Sinis Buat MB Terengganu Dari Azizulhasni Awang

Ucapan Sinis Buat MB Terengganu Dari Azizulhasni Awang


Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kini berjaya meraih pingat gangsa untuk Malaysia dalam sukan Olimpik Rio 2016.

Azizul yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman mencuri tumpuan selepas membuat komen sinis kepada Menteri Besar Terengganu.

Komen Azizul ini terus menjadi viral dan ramai yang menyokong Azizul.

Ini komennya:

Kepada Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad Razif . Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini. 

Terima kasih kerana tidak sudi membeli kan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio. 

Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara. 

Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan. 

Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh.

0 comments:

Post a Comment