Tuesday, September 13, 2016

Luahan Hati Idris Khan Setelah Foto Bersama Atikah Suhaime Tersebar

Luahan Hati Idris Khan Setelah Foto Bersama Atikah Suhaime Tersebar


Model yang juga pelakon baru, Idris Khan kini menjadi tumpuan seluruh peminat industri hiburan tanah air apabila ditimpa kontroversi yang amat mengejutkan.

Ini ekoran tersebarnya secara meluas beberapa foto dirinya dengan Atikah Suhaime di laman media sosial dan juga internet.

Idris Khan kini tampil memberi respon apabila dilihat meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya melalui laman sosial Instagram miliknya semalam.

Ini gambar dan juga caption Idris:


Mata Tak Pernah Senang Dengan kejayaan Manusia,

Hati Tak Pernah Lepas Dari Hasad,

Idris Khan juga telah memberi gambaran dirinya telah dianiaya oleh pihak tertentu melalui penyebaran gambar-gambar yang penuh kontroversi itu.

Ini komennya:

“Biarkan kami menjadi bukti di atas setiap penganiayaan. Biarkan kami persembah erti sebenar kesetiaan persahabatan. Ingatlah rezeki itu datang bukan dari manusia, tetapi dari maha yang Esa,”

Peminat dan follower Idris Khan dilihat memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada pelakon baru itu dan mahu dia tabah hadapi dugaan.

0 comments:

Post a Comment