Friday, September 16, 2016

Luahan Hati Saharul Ridzwan Buat Isteri, Deena Emir

Luahan Hati Saharul Ridzwan Buat Isteri, Deena Emir


Saharul Ridzwan telah selamat diijabkabulkan dengan Deena Emir di Putrajaya pagi tadi.

Ini luahan Saharul Ridzwan kepada isterinya:

"Setiap perjalanan pasti ada kesyukuran, apa yang saya impikan hanyalah kebahagiaan bersama awak. 

"Saya harapkan daripada awak sebagai isteri saya nanti ialah dapat menjadi isteri solehah dan bimbing saya untuk menjadi suami soleh.

"Ya betul, suami patut bimbing isteri. Tapi tidak salah kalau sebaliknya. Saya pun manusia biasa. Banyak salah yang akan saya buat. Minta-minta tiada masalah di kemudian hari. Insya-Allah. 


"Semoga kita dapat membimbing antara satu sama lain. Diberkati selama-lamanya hingga ke jannah,"

Lihat gambar sekitar majlis pernikahan Saharul Ridzwan dan isteri (DI SINI)

Kisah percintaan mereka bermula sejak Januari lalu setelah berkenalan hampir 4 tahun.

Majlis resepsi akan diadakan pada petang Jumaat di Putrajaya dan satu majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, 18 September ini.

0 comments:

Post a Comment