Mengejutkan! Pelakon Evolusi KL Drift Ditahan Polis

Mengejutkan! Pelakon Evolusi KL Drift Ditahan Polis


Seorang pelakon drama dan filem telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memiliki barang terlarang.

Pelakon ini ialah Aidil Aziz yang eprnah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 beberapa tahun yang lalu.

Pelakon ini juga sering membintangi drama bersiri sebagai pelakon pembantu.

Pelakon ini ditahan bersama dua lagi rakan iaitu Omar Sayeed dan pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez di sebuah rumah di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad.

Mereka telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.

Pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki bahan terlarang serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering.

Antara barangan lain yang turut ditemui ialah lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok serta beberapa senjata berbahaya.

Antaranya ialah 7 bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, 3 buku lima, 4 pucuk pistol angin, 2 laras senapang angin, sebilah kapak serta sehelai vest Polis Diraja Malaysia turut dirampas.

Nilai rampasan di kediaman itu dianggarkan bernilai hampir RM25,000.

Kini kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).



0 comments:

Post a Comment