Wednesday, October 5, 2016

Abang Kepada Suspek Perompak Berparang Tampil Luah Perasaan Di Facebook


Abang Kepada Suspek Perompak Berparang Tampil Luah Perasaan Di Facebook


Hari ini video rakaman perompak yang menggunaakn parang telah menjadi viral.

Perompak tersebut telah mengacukan parang kepada beberapa mangsa yang kesemuanya wanita di sebuah pindok keselamatan di Ara Damansara.

Seorang lelaki yang mengaku merupakan abang kepad suspek penyamun berparang telah tampil memberi komen dan meluahkan perasaan di laman FB

Ini luahan abang suspek:

"Assalamualaikum and hello everyone. Untuk orang Islam, mati itu pasti, barzah itu pasti dan lebih menakutkan masyar itu pasti. 

Sebelum saya berada di masyar untuk menjelaskan perkara di atas, saya memohon jutaan maaf atau ada bahasa yang lebih tinggi dari itu saya ingin gunakan untuk memohon maaf kepada semua terutama sekali kepada mangsa di atas kegagalan saya memberi didikan yang sempurna untuk adik saya di dunia dan akhirat kerana gambar dan video di atas, 99% adalah adik kesayangan saya.

"Pada yang mengenali mangsa, boleh sampaikan kepada mangsa untuk menuntut ganti rugi dari saya dengan menghubungi saya melalui Facebook.

"Walaupun saya tahu ia tidak setimpal dengan apa yang terjadi, maafkan saya sekali lagi. Saya memohon agar sahabat-sahabat semua mendoakan agar adik saya peroleh hidayah (Hidayah milik Allah) dan menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan," 



0 comments:

Post a Comment