Saturday, October 22, 2016

"Agak-agaklah Fatiya !!" - Persenda Uniform Tentera, Fatiya Latiff Dikecam

"Agak-agaklah Fatiya !!" - Persenda Uniform Tentera, Fatiya Latiff Dikecam





Fatiya Latiff  menjadi tumpuan netizen hari ini apabila memuatnaik gambarnya memakai uniform Tentera Darat di lama Instagram.

Gambar tersebut telah dikecam para follower terutama dari kalangan anggota tentera.

Apatah lagi uniform tersebut merupakan pakain Pegawai Warren (PW).

Ada seorang tentera darat wanita meluahkan rasa kecewa dengan kelakuan Fatiya itu yang baginya tidak menghormati uniform tersebut.

Ini komen Siti Rafiah:

Agak-agaklah nk bfesyen pun.
Hormat sikit dgn pakaian uniform kami tu.

Kami nk pakai baju ni, tak semudah ko sangka.
Kami bergadai nyawa, bersengkang mata, bermandi peluh dan air mata, malah ada yg berdarah darah atau hilang nyawa di alam latihan.

14 tahun berkhidmat, terpisah dr keluarga, rakan dan kg halaman baru aku dipakaikan pangkat, spti pangkat yg ko pakai tu. Perjalanan penuh ranjau berliku, bukan semudah mengira masa.

Tidur berjaga jaga, takut nti jika dikerah, terlajak tak sengaja. Krn kami telah bersumpah taat setia, ikrar kesatria disemat di jiwa, mengutamakan pelaksanaan tugas dgn jujur dan ikhlas. demi bumi bertuah ini, kami rela… 24 jam sehari, 7 kali seminggu, 365 hari setahun kami takkan pernah alpa pada tugas kepada nusa dan bangsa.

#mohonterasa.


Ini pula komen dari orang ramai di laman IG miliknya:



0 comments:

Post a Comment