Tuesday, October 18, 2016

Akuan Bersumpah: Bekas Suami Dedah Perangai Buruk Elly Mazlein Yang Mengejutkan Ramai

Akuan Bersumpah: Bekas Suami Dedah Perangai Buruk Elly Mazlein Yang Mengejutkan Ramai


Tak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat Elly Mazlein dan dikecam orang ramai, bekas suami Azmi Hatta akhirnya tampil mendedahkan ksiah sebenar.

Pertamanya, punca penceraian dia dengan penyanyi itu adalah kerana sikap cemburu Elly yang melampaui batas.

Sikap Elly itu membuatkan dia tertutup hati terhadap penyanyi itu.

Azmi Hatta membuat akuan bersumpah yang ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah, Samsiah Ali di Jalan Ipoh bertarikh 17 Oktober 2016.

pengarah ini juga membuat sidang media di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada Selasa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein.

Dalam sidang media berkenaan, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah setebal kira-kira 20 muka surat yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama Elly Mazlein

Ini komennya:

ELLY KUAT CEMBURU

"Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

"Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

PERNAH  CEMBURU DENGAN NELYDIA SENROSE


"Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,"

"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

KENA BELASAH

"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia,"


BAPA ELLY SENDIRI CADANG PERPISAHAN

"Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly,"

SOAL ANAK

Sementara itu, ditanya soal penjagaan anak, Azmi berkata dia akan bertemu anak perempuannya itu jika Elly berubah sikap dan menerima kenyataan.

"Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya,"

Pengarah itu sebelum ini, pernah berumahtangga dengan seorang wanita Wan Zolofia Wan Kassim dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Kemudian Azmi Hatta berkahwin dengan Elly pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

0 comments:

Post a Comment