Wednesday, October 12, 2016

Bekas Suami Diarah Bayar Nafkah RM1500 Setiap Bulan Kepada Elly Mazlein

Bekas Suami Diarah Bayar Nafkah RM1500 Setiap Bulan Kepada Elly Mazlein


Bekas suami Elly Mazlein yang juga pengarah drama, Azmi Hatta diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan

Nafkah adalah kepada kepada anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isterinya.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie yang juga meluluskan permohonannya agar Azmi menyerahkan wang tersebut melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum ia diserahkan kepada Elly.

Ini agar  perintah itu dipatuhi oleh bekas suaminya selain ia lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Elly berkata, jumlah yang diminta daripada Azmi itu disifatkan sebagai bertimbang rasa selepas menimbang lelaki berkenaan mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.


Ini komen Elly:

"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.

"Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela,"


"Saya tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya.

"Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi,"

"Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini dan enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini."


Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 dan telahpun bercerai pada 15 Oktober tahun lalu.

Pelakon itu selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Putri Sara Sefhia seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

0 comments:

Post a Comment