Friday, October 14, 2016

Inilah Wajah Azah, Permaisuri Hati Mark Adam

Inilah Wajah Suri Hati Mark Adam


Penyanyi bersuara lunak Mark Adam berasal dari Filipina dan kini menempa nama di Malaysia.

Mark Adam mula popular di Malaysia setelah beberapa lagunya yang amat catchy menjadi hit dan sering diperdengarkan di corong-corong radio.

Untuk pengetahuan, Mark Adam dilahirkan di Cebu Filipina dan kini berumur 36 tahun. Mark Adam telah memeluk agama Islam 15 tahun yang lalu dan menggunakan nama Fikri.

Penyanyi ini telah berkahwin dengan warganegara Malaysia. Nama isterinya ini ialah Puan Azah namun Mark memanggilnya dengan nama Izan.

Memang jelita orangnya dan ada yang mengatakan wajahnya mirip selebriti Abby Abadi.

Menurut Azah, suaminya adalah seorang yang mudah untuk diurus baik dari segi makanan, pakaian atau pergaulan.

Mark Adam seorang yang tidak cerewet dan dia akan makan apa sahaja yang dihidang. Malah suaminya itu pun sukar untuk marah.

Ini wajah isteri Mark Adam:












0 comments:

Post a Comment