Saturday, October 15, 2016

"Jodoh Zizan Ni, Amik Anak Dara Tu Buat Bini.." - Kisah Zizan Dan Siti Hajjar Jadi Viral

"Jodoh Zizan Ni, Amik Anak Dara Tu Buat Bini.." - Kisah Zizan Dan Siti Hajjar Jadi Viral



Siapa yang tak kenal dengan Nasi Lemak Anak Dara. Kedai menjual nasi lemak ini semakin popular dan menjadi tumpuan ramai.

Pemiliknya bernama Siti Hajjar yang berasal dari Kedah.

Sebenarnya, Siti Hajjar mempunyai ijazah namum memilih untuk meneruskan pekerjaan sebagai penjual nasi lemak.


Ternyata usahanya menjadi dan berhasil, dengar-dengar lagi banyak pendapatan dari seorang jurutera.

Sementara itu, pelawak popular Zizan Razak telah hadir ke gerai Siti Hajjar untuk membeli nasi lemak kepada ibunya.

Zizan berkata dia membeli nasi lemak dari kedai itu untuk ibunya.

Namun Siti Hajjar telah membelanja Zizan nasi lemak tersebut.

Ini komen Zizan:

Demi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun ia cuma sebungkus nasi lemak, perkara tersebut bukan perkara remeh bagi saya. Saya keluar rumah seawal jam 7.30 pagi dan merempit dari Subang ke Shah Alam untuk mendapatkan Nasi Lemak Anak Dara, demi Ibu yang saya kasihi.

Sebenarnya dari semalam saya cuba hubungi Siti Hajjar (peniaga Nasi Lemak Anak Dara), untuk mendapatkan nasi lemak tetapi hari ini baru boleh dapat sebab dia baru buka gerainya pagi tadi.


Gambar selfie Zizan dan Siti Hajjar menjadi viral sekelip mata di laman sosial IG milik pelawak itu dan ramai para follower mengusik mereka berdua.

Ada yang berkata Zizan cuba untuk mengurat pemilik Nasi Lemak Anar Dara itu. Haha

Ini antara usikan dari para follower:




0 comments:

Post a Comment