Monday, October 3, 2016

Kenyataan Emma Maembong Tentang Hubungan Dengan Raf Yaakob

Kenyataan Emma Maembong Tentang Hubungan Dengan Raf Yaakob


Beberapa hari yang lalu telah kecoh di ruangan gosip yang mengatakan pelakon jelita Emma Maembong mempunyai hubungan cinta dengan Raf Yaakob.

Baca kisah penuh Emma dan Raf Yaakob (DI SINI)

Hari ini, pelakon ini tampil membuat kenyataan tentang status hubungan mereka berdua.

Ini komen Emma:

“Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya pelukis di PWTC manakala arwah ayah Raf pengurus di situ. Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik kerap berkunjung ke situ.

Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC. Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga”

“Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan. Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal. 

Ketika majlis itu, Kamal pun ada, dia tahu kami rapat. Kamal tenang saja apabila berita ini tersebar. Bukannya betul pun,”

"Mungkin Raf baru saja bercerai, jadi orang ingat saya pula jadi pasangannya,"

Itulah kenyataan rasmi dari Emma Maembong. Nampaknya  Emma menafikan hubungannya dengan adik Fazley ini.

0 comments:

Post a Comment