Thursday, October 6, 2016

Respon Balas Aziz M Osman Apabila Kena Bahan Kerana Isu Azizan Osman

Respon Balas Aziz M Osman Apabila Kena Bahan Kerana Isu Azizan Osman


Pengarah filem popular, Aziz M Osman telah menjadi bahan jenaka segelintir netizen dek kerana isu Azizan Osman yang sedang menjadi bualan ramai.

Ini kerana nama mereka hampir sama iaiti Aziz M Osman dan Azizan Osman.

Namun pengarah hebat ini langsung tidak berkecil hati apabila dia dijadikan bahan lawak dan sindiran segelintir pihak.

Aziz  menganggap perkara itu hanya sebagai gurauan semata-mata.

Selain itu, Aziz M Osman juga bersyuur kerana namanya masih diingati orang ramai. Haha memang kelakar Aziz M Osman ni. Sempoi orangnya.

Ini komennya:

"Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu,"

"Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. 


Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini,"

Aziz popular melalui filem seperti XX Ray, Puteri Impian, Senario The Movie dan drama Cili Padi.

Ini antara gambar yang diedit Netizen



Jawapan balas dari Aziz M Osman

0 comments:

Post a Comment