Tuesday, October 18, 2016

Respon Balas Elly Mazlein Tentang Pendedahan Bekas Suami

Respon Balas Elly Mazlein Tentang Pendedahan Bekas Suami


Elly Mazlein akhirnya tampil memberi respon setelah bekas suami, Azmi Hatta membuat sidang media dan juga akuan bersumpah.

Azmi Hatta mendedahkan, Elly Mazlein pernah memukulnya kerana cemburu.

Ini komen Elly:

"Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

"Saya tahu tentang akuan sumpah 'istikharah cinta' setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini,"

"Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi.."


Elly Mazlein kini dilihat seperti malas untuk ambil peduli dengan kisah bekas suaminya dan akan memberi fokus kepada pertandingan Gegar Vaganza yang disertainya.

0 comments:

Post a Comment