14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun


14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun


Pasangan sama cantik sama padan Amar baharin dan Amyra Rosli memang banyak peminat setia.

Mereka berdua telahpun berkahwin awal bulan November yang lalu.

Sah bergelar suami dan isteri pada 11 November lepas, Amar Baharin telah menunaikan impian isterinya, Amyra Rosli untuk honeymoon di Tokyo, Jepun.

Pasangan darah manis ini telah berada di Jepun itu sejak beberapa hari lepas.

Antara tempat yang Amar dan Amyra dapat berkunjung ialah ke destinasi impian ramai iaitu Disneyland, Jepun.

Memang romantik dan gembira lagi mereka berdua ni.

Melihat gambar mereka berdua, para peminat dilihat telah memberi komen, mendoakan Amar dan Amyra kekal bahagia begini buat selama-lamanya.

Jom kita lihat koleksi gambar sekitar bulan madu Amar Baharin dan Amyra Rosli:















"Memang Menakutkan..Bangunan Bergoyang, Bergegar Sebelum Runtuh" - Saksi Jambatan MidValley Runtuh

"Memang Menakutkan..Bangunan Bergoyang, Bergegar Sebelum Runtuh" - Saksi Jambatan MidValley Runtuh


Saksi runtuhan sebuah jambatan di Midvalley  memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.

Atang (pekerja dari Vietnam) berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Katanya ketika kejadian beliau dan beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.

Ini kenyataan saksi:


KOMEN ATANG

"Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.

"Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat,"


Atang berkata, sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.

Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.

KOMEN ABDULLAH

"Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.

"Keadaan memang kelam kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat,"


Seorang lagi saksi Md Kawsar menceritakan dia terkejut melihat jejambat itu terjatuh dari tingkat dua dan menghempap rakan sekerjanya.

Rakannya itu dikatakan sedang berehat untuk makan tengah hari di bahagian bawah tapak pembinaan.


KOMEN KAWSAR

"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mereka kerana ketika itu saya berada jauh dari tempat kejadian,"

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Ini menjadikan jumlah mangsa kepada tujuh orang berusia antara 21 hingga 32 tahun yang terdiri daripada pekerja warga Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. – Bernama

Penjelasan Sebenar Mengapa Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas, Buat Ramai Terkedu

Penjelasan Sebenar Mengapa Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas, Buat Ramai Terkedu


Sebelum ini telah menajdi viral tentag kes handphone Ayda Jebat dirampas oleh body guard ketika Lee Kwang Soo datang ke Malaysia.

Video kejadian telah menjadi viral dan ramai peminat Ayda Jebat menghentam guard tersebut.

Malah Ayda Jebat juga menyelar tindakan guard berkenaan.

Setelah beberapa hari kejadian berlaku, seorang individu akhirnya tampil mencerita punca sebenar mengapa handphone pelakon dan penyanyi itu dirampas.

Jom baca:

Penjelasan Abdullah Aziri Pauzi :

Dalam kontrak yang ditanda tangani oleh pihak penganjur (100 Plus dan SONY), kontrak tu secara jelas menyebut bahawa hanya official photographer dan videographer sahaja yang dibenarkan untuk merakam gambar / video.

Even, before the event itself, kesemua selebriti- termasuk Ayda Jebat, Ajak Shiro, Shahrul Ridzuan, Hafizh Syahrin Pescao55 dan suami Hanis Zalikha (aku tak ingat nama dia apa) dah di brief oleh pihak penganjur bahawa selfie atau gambar tak boleh diambil.

Tindakan Ayda Jebat sebenarnya selfish, dan sebenarnya dia dan pihak penganjur berkemungkinan boleh disaman atau didenda oleh kompeni yang menguruskan Lee Kwang Soo akibat tindakan mahu selfie tersebut.

Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa Ajak Shiro sempat selfie. Hal ini mungkin kerana, dia bernasib baik dan mendapat rezeki kerana terlepas dari pandangan body guard yang menjaga Lee Kwang Soo.

Kesimpulannya, jangan marah penganjur. Jangan marah body guard. Mereka hanya buat kerja mereka.

Nak marah, marah lah pada kompeni yang uruskan Lee Kwang Soo - atau marahlah pada orang yang melanggar peraturan / kontrak.

One selfie won't hurt, yes. But incase of breaching of a contract, you may faced summons or fine.


Itulah penjelasannya.

Masih Ingat Budak Yang Kuat MER0K0K Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

Masih Ingat Budak Yang Kuat Merok0k Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun


Ketika berumur 2 tahun, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ardi Rizal menjadi viral kerana mengalami ketagihan terhadap rok0k.

Ardi Rizal dari Indonesia ini menjadi terkenal pada tahun 2010 kerana tabiat buruknya yang kuat merok0k.

Ketika itu, dia boleh smenghabiskan sebanyak 40 batang dalam masa sehari.

Setelah 6 tahun berlalu, ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini kanak-kanak ini.

Untuk pengetahuan, Ardi dapat berhenti mer0kok dengan program pemulihan yang diaturkan oleh kerajaan Indonesia.

Tabiat Ardi telah mengejutkan negara sehingga pihak kerajaan melancarkan kempen untuk menghentikan tabiat mer0kok dalam kalangan kanak-kanak.

Ardi berjaya menangani tabiat buruknya tetapi ini tidak bermakna dia terlepas dari ketagihan lain yang juga berbahaya. Dia juga ketagih terhadap makanan segera.

Walaubagaimanapun, Ardi telah membuktikan dia mempunyai semangat juang yang tinggi dan kini telah berjaya membuang tabiat tersebut.

Di umur 8 tahun, Ardi kini lebih bahagia dan sihat daripada sebelum ini.


Pendedahan Terkini: Pelawak Popular, Rahim Sepahtu Akui Kahwin Dua

Pendedahan Terkini: Pelawak Popular, Rahim Sepahtu Akui Kahwin Dua


Nama Rahim semakin dikenali ramai sebagai pelawak yang hebat apatah lagi menjuarai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Sepahtu.

Sedikit berita terkini tentang Rahim, untuk pengetahuan dia telahpun berkahwin dua pada tahun lalu.

Isteri keduanya itu berasal dari Johor dan dikenali sebagai Lily.

Koleksi Gambar Isteri kedua Rahim Sepahtu (KLIK SINI)

Ini komen Rahim:

“Isteri pertama di Batu Pahat dan isteri kedua di Simpang Renggam.

“Saya berterima kasih kepada isteri yang memahami jadual saya. Mereka sangat bertolak ansur dan bekerjasama.

“Saya orang Klang. Mak dan ayah pula sudah tidak ada. Saya tidak ada masalah beraya. Jadi isteri saya yang jadualkan untuk pergi ke mana,”


“Sudah setahun lebih kahwin, cuma media tidak tahu. Mereka duduk berhampiran di Shah Alam. Saya berterima kasih pada isteri pertama saya,”

“Saya percaya pada jodoh,”

Rahim berkata dia bersyukur kerana mendapat isteri pertama, Norazlin yang sanggup berkongsi kasih demi membolehkannya berpoligami.

Kedua-dua isteri Rahim kini menetap di Shah Alam memudahkan urusan giliran untuk berlaku adil sebagai seorang suami.

Ditanya adakah minatnya untuk berpoligami mendapat dorongan Salih Yaacob, yang juga penyampai radio Sinar FM, Rahim segera menafikannya.

Gambar isteri rahim Sepahtu (lihat di sini)

Inilah 12 Koleksi Gambar Isteri Kedua Rahim Sepahtu, Memang Cantik Jelita Orangnya

Inilah 12 Koleksi Gambar Isteri Kedua Rahim Sepahtu, Memang Cantik Jelita Orangnya


Rahim dari kumpulan Joras dan Sepahtu kini telahpun berkahwin dua.

Sebenarnya, pelawak yang juga deejay radio Sinar FM ini berkahwin kira-kira setahun lebih yang lalu.

Isteri keduanya ini bernama Lily dan merupakan orang Johor.

Rahim dilihat pernah membawa isterinya ini kebeberapa majlis dan yang paling menonjol adalah ketika konsert Gegar Vaganza.

Mereka berdua juga dilihat bersama ketika menyaksikan rancangan separuh akhir Muzik Muzik.

Jom lihat gambar isteri kedua Rahim yang cantik ini.

Ini gambarnya:










Inilah Selfie Terakhir Pemain Bola Sepak Kelab Brazil Sebelum Kapal Terbang Terhempas

Inilah Selfie Terakhir Pemain Bola Sepak Kelab Brazil Sebelum Kapal Terbang Terhempas



Satu kejadian kapal terbang terhempas telah berlaku di Colombia.

Insiden ini telah menjadi tumpuan seluruh dunia terutama peminat bola sepak kerana melibatkan pemain bola Brazil.

Polis mengesahkan seramai 76 maut dalam nahas pesawat yang membawa pasukan bola Brazil, Chapecoense yang terjadi semalam.

Sementara itu, 5 penumpang kapal terbang dilaporkan terselamat dan kini berada di hospital untuk rawatan.

Hanya tiga orang dari lima yang terselamat adalah pemain dari kelab bola sepak, Chapecoense

Sementara itu, beberapa foto dan video yang memaparkan rakaman pasukan bola itu di atas pesawat terbabit tersebar di media sosial.

Negara Brazil juga mengumumkan berkabung selama 3 hari akibat kejadian berkenaan.

Ini merupakan antara selfie terakhir pemain bola sepak Chapecoense  di dalam kapal terbang.








'Lebih selesa buka tudung, dari bertudung untuk jaga hati orang' - Uqasha Senrose

'Lebih selesa buka tudung, dari bertudung untuk jaga hati orang' - Uqasha Senrose


Uqasha Senrose akui lebih selesa selepas membuka tudung kerana tidak perlu menjadi hipokrit.

Namun, Uqasha tidak menafikan dia telah menerima pelbagai komen negatif dan cemuhan daripadaorang ramai kerana tindakannya itu.


\Melalui laporan Astro Awani, Uqasha telah meluahkan perasaanya.

Ini komennya:

"Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.

"Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?

"Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya.

"Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,"

"Ya, dulu memang saya ada tutup sekejap ruangan komen di akaun Instagram (IG) kerana komen-komen yang diberikan terlalu teruk.

"Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah cuma memandangkan ini adalah pilihan saya jadi saya perlu berani untuk hadapinya.

"Tapi sekarang semuanya dah kembali seperti biasa dan tak kisahlah orang nak kata apa yang penting saya gembira dan kehidupan harian saya pun berjalan seperti biasa,"


Itulah komen dari Uqasha, semoga dia berbahagia selalu.

Ini Kisah Sebenar Tentang Ameng Nyanyi Lagu Sendiri Di Final GV3, Respon Yang Mengejutkan

Ini Respon Balas Ameng Apabila Nyanyi Lagu Sendiri Di Final GV3


Gegar Vaganza 3 final bakal menyaksikan peserta Ameng Spring mempersembahkan dua lagunya sendiri iaitu Bourgenvilla dan juga Romantis.

Ternyata ini mengejutkan ramai kerana sebelum itu Nora teruk dikecam orang ramai kerana menyanyikan lagu sendiri.

Ramai yang ingin mengetahui apa pendapat Ameng tentang perkara ini.

Sebenarnya, Ameng juga terkejut ketika diberikan lagu berkenaan.

Apatah lagu Dato Ramli MS pernah menegaskan jika menyanyikan lagu sendir para juri tidak boleh memberikan markah yang tinggi.

Ini kerana para peserta tidak akan belajar jika menyanyikan lagu sendiri.

Ini komen Ameng tentang hal ini:

Lagu Rap Tak Terpilih

Pada awal program pihak produksi minta kita senaraikan lagu yang menjadi pilihan kita, saya letak beberapa lagu termasuk beberapa lagu sendiri. 

Saya juga ada pilih beberapa lagu baru seperti lagu rap, tidak sangka pula lagu sendiri pula diberikan untuk peringkat akhir ini.

Tak Kisah Markah Dipotong

Pada tahap ini saya tidak fikir lagi menang atau kalah. Saya tidak kisah pun jika markah dipotong kerana saya sudah terima apa sahaja keputusan nanti. 

Apa yang saya fikirkan sekarang ialah perjalanan selepas tamatnya program ini.

Itulah pandangan dari Ameng tentang perkara ini.

Komen Mengejutkan Fasha Sandha Tentang Hubungan Neelofa Dan Fattah Amin

Komen Mengejutkan Fasha Sandha Tentang Hubungan Neelofa Dan Fattah Amin 



Ketika di dalam rancangan MeleTOP, Fasha Sandha telah menjadi artis jemputan rancangan tersebut.

Pelakon popular ini sempat mengusik Neelofa kelihatan sangat bahagia sehingga pengacara itu tersipu malu.

Ramai penonton tertanya apakah yang dimaksudkan oleh Fasha itu.

Apatah lagi, Fasha Sandha telah memuat naik foto beliau bersama Neelofa dengan caption yang memberikan gambaran Neelofa sedang bahagia bercinta.

Fasha turut “tag” nama Fattah Amin di foto berkenaan, di wajah Neelofa.

Ini komen Fasha:

Tengok mata dia pun kita boleh tahu dia sedang happy dan bahagia. Semua doakan yang baik2 utk Lofa



Selain itu ada juga ura-ura mengatakan Fattah dan Neelofa kini sudah mula memanggil dengan gelaran sayang sesama mereka.

Menerusi laporan BeautifulNara, perkara ini disampaikan oleh sumber yang turut menceritakan Neelofa dan Fattah sering keluar bersama ketika ini.

Memang Melampau!! Kenapa Sampai Ganggu Anak Nora?

Memang Melampau!! Kenapa Sampai Ganggu Anak Nora? 


Peserta yang tersingkir di konsert Gegar Vaganza separuh akhir, Nora mengakui menerima kecaman teruk daripada netizen.

Ini berhubung konflik pertukaran lagu itu sejak minggu Rockdut, apabila dia dikatakan menukar lagu dangdut yang diterimanya kepada lagu rock berjudul Bring Me To Life.


Ini ditambah dengan isu dia menyanyikan lagu sendiri.

Kata Nora, pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan sehingga menjejaskan maruah sebagai seorang penyanyi dan isteri.

Bukan itu sahaja, anaknya turut diganggu oleh penonton GV3.

Ini komennya:


ANAK DIGANGGU

"Ramai netizen yang benci saya sejak isu tukar lagu dangdut lagi, saya sudah jelaskan ia bukan kehendak saya tetapi pihak produksi yang salah umum.

"Mereka mula buat tuduhan yang bukan-bukan kononnya saya ada skandal dengan orang Astro dan macam-macam lagi.

"Bukan saya sahaja, malah anak saya yang sedang mengambil peperiksaan di sekolah juga turut terkesan apabila pemeriksa bertanya kepadanya mengapa emak awak tukar lagu, kasihan dekat dia tidak fokus menjawab,"


RAKAN ARTIS SIKAP LAIN MACAM

Lebih parah lagi, Nora berkata, perkara itu juga menjejaskan hubungannya dengan orang sekeliling dan rakan artis lain yang mula memberi persepsi negatif kepadanya.

"Ia benar-benar memberi kesan negatif, malah saya berjalan pun orang pandang, antara rakan artis pun bersikap lain terhadap saya dan ada juga menegur saya menzahirkan rasa simpati.

"Ada juga individu hantar mesej peribadi saya untuk meminta maaf kerana mengutuk saya di laman sosial. Apa semua ini?," 


ISU BERLAGAK

"Saya sudah lali dengan tuduhan ‘kekwat-kekwat’ (sombong), diva-diva ni, saya ni orang lama bukan budak-budak yang baru menyanyi, tolonglah beri sedikit rasa hormat.

"Macam juga wartawan, kita ada wartawan senior dan wartawan junior, tidak boleh di samakan, ada juga jurang-jurang itu," 



Tentang isu 'berlagak' Nora berkata, sebagai artis berpengalaman lebih 20 tahun, dia perlu mendapat sedikit rasa hormat.

Selepas tersingkir, Nora akan berehat bagi meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak.

Inilah Koleksi Kereta Mewah Milik Safiq Rahim .. Memang Mengancam Habis!!

Inilah Koleksi Kereta Mewah Milik Safiq Rahim


Pemain bola sepak Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah yang terbaik di Malaysia.

Safiq Rahim kini merupakan pemain utama Johor Darul Takzim (JDT) dan merupakan ketua pasukan.

Kehebatan Safiq Rahim sentiasa digeruni pihak lawan. Hantaran dan kehebatannya membuat jaringan sudah tentunya menjadi igauan pihak lawan.

Safiq Rahim juga sememangnya jaguh dalam mengambil sepakan percuma dan sepakan penjuru.

Pada umur 29 tahun, Safiq Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan untuk bersara dari mewakili Malaysia.

Safiq Rahim telah berkahwin dengan pemain boling Malaysia iaitu Zandra Azila dan telahpun mempunyai anak.

Gambar anak Safiq Rahim DI SINI.

Pemain yang berasal dari Selangor ini juga mempunyai kereta yang sangat mewah. Antaranya ialah Ford Mustang dan juga BMW.

Ini merupakan hasil titik peluhnya yang bekerja bersungguh-sungguh seterusnya menjadi pemain bola sepak yang handal.

Selain bermain bola sepak, Safiq juga mempunyai kedai makan di Johor.

Jom lihat gambar kereta mewah Safiq Rahim.