Wednesday, November 23, 2016

Che Ta Mengandung Lagi? Ini Komen Zain Saidin

Che Ta Mengandung Lagi? Ini Komen Zain Saidin


Sekejap sahaja umur anak pertama pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah memasuki usia 2 tahun.

20 koleksi gambar Aaisyah sambut birthday KLIK SINI

Ramai yang tertanya-tanya, adakah pasangan popular ini tidak mahu menambah anak kedua mereka bersama?

Apatah lagi melihat kecomelan anak pertama mereka, Aaisyah.

Menurut kenyataan Zain Saidin, dia memang ada hasrat untuk menimang cahaya mata kedua bersama Che Ta tetapi dalam zaman ekonomi yang sedang meleset, niatnya itu harus ditangguhkan dahulu.

Bagi Zain, dia mahu mengukuhkan kewangannya terlebih dahulu kerana ingin merancang masa depan anak.

Walaubagaimanapun, Zain Saidin tidak akan menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang lagi cahaya mata dalam masa terdekat.

Ini komen Zain:

Saya juga mempunyai sasaran untuk mengukuhkan kewangan keluarga iaitu sekitar lima angka, sekiranya ia tercapai barulah saya akan fikir untuk perancangan yang seterusnya. Tapi kalau sudah ketentuan dikurniakan zuriat kedua dalam waktu terdekat, saya terima dan bersyukur.


Sememangnya memiliki anak memang seronok tapi memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, perancangan untuk membesarkan keluarga menjadi pertimbangan.

0 comments:

Post a Comment