Friday, November 4, 2016

Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia Pagi Tadi, Ini Komen Datuk Tentang Punca Kematian

Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia Pagi Tadi, Ini Puncanya


Pagi tadi sekitar jam 3 pagi, satu berita sedih telah diteima.

Isteri kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hasan, Datin Hashimah, telah disahkan meninggal dunia.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat daripada komplikasi pembedahan jantung.

Berita sedih ini turut disahkan oleh Jalaluddin.

Ini komen Jalaluddin Hasan yang turut mendedahkan punca kematian isterinya:

"Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. 

"Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi,”


Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Takziah diucapkan kepada Datuk Jalaluddin Hasan dan keluarga. Mari kita doakan dan sedekah Al Fatihah.

0 comments:

Post a Comment