Wednesday, November 30, 2016

Masih Ingat Budak Yang Kuat MER0K0K Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

Masih Ingat Budak Yang Kuat Merok0k Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun


Ketika berumur 2 tahun, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ardi Rizal menjadi viral kerana mengalami ketagihan terhadap rok0k.

Ardi Rizal dari Indonesia ini menjadi terkenal pada tahun 2010 kerana tabiat buruknya yang kuat merok0k.

Ketika itu, dia boleh smenghabiskan sebanyak 40 batang dalam masa sehari.

Setelah 6 tahun berlalu, ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini kanak-kanak ini.

Untuk pengetahuan, Ardi dapat berhenti mer0kok dengan program pemulihan yang diaturkan oleh kerajaan Indonesia.

Tabiat Ardi telah mengejutkan negara sehingga pihak kerajaan melancarkan kempen untuk menghentikan tabiat mer0kok dalam kalangan kanak-kanak.

Ardi berjaya menangani tabiat buruknya tetapi ini tidak bermakna dia terlepas dari ketagihan lain yang juga berbahaya. Dia juga ketagih terhadap makanan segera.

Walaubagaimanapun, Ardi telah membuktikan dia mempunyai semangat juang yang tinggi dan kini telah berjaya membuang tabiat tersebut.

Di umur 8 tahun, Ardi kini lebih bahagia dan sihat daripada sebelum ini.


0 comments:

Post a Comment